
IPTA
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
TAJUKPROGRAM
UMP IT EDUCATION FAIR 2010
MATLAMAT PROGRAM
•Menggalakkan mahasiswa menyertai dalam pertandingan yang berkaitan dengan teknologi komputer.
•Mendedahkan mahasiswa dengan maklumat terkini mengenai teknologi dan dunia komputer terkini.
•Meningkatkan minat yang kuat pada mahasiswa terhadap pelajaran sains komputer melalui pengalaman berkomunikasi langsung dengan penceramah yang mengendalikan bengkel.
•Memberi peluang kepada mahasiswa baru berinteraksi dengan pelajar kanan yang berpengalaman dalam bidang sains komputer.
ANJURAN BERSAMA
PERWAKILAN MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN 4 (PEKA 4)
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
PERSATUAN TEKNOLOGI KOMPUTER (PETAKOM)
FAKULTI SISTEM KOMPUTER & KEJURUTERAAN PERISIAN
KERJASAMA
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni [JHEPA]
TARIKH
15-17 OKTOBER 2010
TEMPAT
Blok W, Universiti Malaysia Pahang
Hmn.. macam dah terlewat untuk mengucapkan salam aidilfitri, tapi pengerusi nak juga hehe.
Apa-apa pun kami di PEKA 4 ingin mengucapkannya, dan meminta maaf atas kesilapan kami. Banyak hal disebaliknya, yang diluar kemampuan kami. Kami minta maaf, sesetengah itu tidak mewakili keseluruhan imej sebenar PEKA 4.
Seterusnya berkaitan, program Mahabbah, program anak yatim baitul husna... kut. hmn Tidak banyak yang dapat diceritakan. Program ni dijalankan oleh beberapa orang ahli jawatan kuasa PEKA 4. Apapun kami harap mahasiswa UMP khususnya penghuni KK 4 dapat mengambil ini sandaran untuk program yang menjurus kepada kemasyarakatan.
Dalam surah al-Nisa, ayat 36, Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik (ihsan) kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim ……
Baca seterusnya.... HafizFirdaus:Tahukah Anda Akan Orang yang Mendustakan Agama?
Kepada semua penghuni kk4,
Pengurusi mengharap agar kita sama-sama dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar, sungguhpun mengibarkan Jalur Gemilang agak kecil, tapi usaha ini dilihat dapat meningkatkan semangat patriotism. Marilah teman-temanku usaha ini tidak ada makna hanya dengan kata, ayuh kita sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
