UMP ITEF '10

Posted by Kolej Kediaman 4 On 6:28 AM 0 comments

IPTA
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
TAJUKPROGRAM
UMP IT EDUCATION FAIR 2010

MATLAMAT PROGRAM
•Menggalakkan mahasiswa menyertai dalam pertandingan yang berkaitan dengan teknologi komputer.
•Mendedahkan mahasiswa dengan maklumat terkini mengenai teknologi dan dunia komputer terkini.
•Meningkatkan minat yang kuat pada mahasiswa terhadap pelajaran sains komputer melalui pengalaman berkomunikasi langsung dengan penceramah yang mengendalikan bengkel.
•Memberi peluang kepada mahasiswa baru berinteraksi dengan pelajar kanan yang berpengalaman dalam bidang sains komputer.

ANJURAN BERSAMA
PERWAKILAN MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN 4 (PEKA 4)
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
PERSATUAN TEKNOLOGI KOMPUTER (PETAKOM)
FAKULTI SISTEM KOMPUTER & KEJURUTERAAN PERISIAN

KERJASAMA
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni [JHEPA]
TARIKH
15-17 OKTOBER 2010

TEMPAT
Blok W, Universiti Malaysia Pahang


Mahabbah dan Malam Santai Raya

Posted by Kolej Kediaman 4 On 12:46 PM 0 comments


Hmn.. macam dah terlewat untuk mengucapkan salam aidilfitri, tapi pengerusi nak juga hehe.
Apa-apa pun kami di PEKA 4 ingin mengucapkannya, dan meminta maaf atas kesilapan kami. Banyak hal disebaliknya, yang diluar kemampuan kami. Kami minta maaf, sesetengah itu tidak mewakili keseluruhan imej sebenar PEKA 4.

Seterusnya berkaitan, program Mahabbah, program anak yatim baitul husna... kut. hmn Tidak banyak yang dapat diceritakan. Program ni dijalankan oleh beberapa orang ahli jawatan kuasa PEKA 4. Apapun kami harap mahasiswa UMP khususnya penghuni KK 4 dapat mengambil ini sandaran untuk program yang menjurus kepada kemasyarakatan.

Dalam surah al-Nisa, ayat 36, Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik (ihsan) kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim ……





Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

Posted by Kolej Kediaman 4 On 11:16 AM 0 comments


Kepada semua penghuni kk4,

Pengurusi mengharap agar kita sama-sama dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar, sungguhpun mengibarkan Jalur Gemilang agak kecil, tapi usaha ini dilihat dapat meningkatkan semangat patriotism. Marilah teman-temanku usaha ini tidak ada makna hanya dengan kata, ayuh kita sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang.

Kecurian Merdeka dan Teratak Indah

Posted by Kolej Kediaman 4 On 3:29 AM 0 comments




Is it time for merdeka already?


Well life isnt as simple as that, merdeka day, the impact on us and UMP, happy merdeka day from peka4! The jalur gemilang its not merely a symbol but more than that, think about it.

Berita buruk petang tadi, ada kes kecurian di kafe kk4, penghuni dinasihati berjaga-jaga, disyaki pencuri adalah orang luar.

26 ogos ini akan ada ziarah oleh pengetua dan felo kk4 bersempena Teratak Indah. Ready2 ok! Kebersihan Lantai Kipas dan Tingkap; Kekemasan Susunan bilik dan Rak Kasut; Kecerian berKreativiti; dan Amalan 5s.

Sekian. selamat beribadah dibulan Ramadhan

Ramadhan dan Teratak Indah

Posted by Kolej Kediaman 4 On 9:06 AM 0 comments

Assalammualaikum, sepanjang ramadhan ini, insyaAllah, solat tarawih di setiap blok akan dijalankan seperti biasa. Sedikit kelainan, Blok B insyaAllah akan diimankan oleh iman dari luar KK4, 20 rakaat, tanpa sahut menyahut.


Pihak Peka 4, meminta maaf disebabkan kegagalan kami menyediakan ruang yang cukup untuk penghuni turut serta dalam solat berjemaah di setiap blok, diharap dapat menghadirkan diri di masjid UMP bagi yang berkesempatan.

Selain itu, bersempena dengan Ramadhan ini, Peka 4 akan melaksanakan program Teratak Indah yang bertujuan untuk meningkatkan kesederaan penghuni akan kecerian, kekemasan dan kebersihan bilik. Program yang dijalankan ini merupakan pertandingan untuk setiap bilik dalam blok-blok siswa dan bilik-bilik dalam blok-blok siswi.

Diharap, kita dapat menunaikan ibadah dengan lebih cemerlang pada ramadhan ini. Pihak Peka4 berharap agar kita sama-sama turut serta dalam pertandingan ini dengan membersihkan bilik sebaik mungkin.

Pemeriksaan bilik ke bilik akan dilakukan pada 26-29 Ogos 2010, pukul 3-5pm.
Kemunjak program ini adalah pada 26 september 2010.


Nota Tambahan:

TERATAK INDAH DAN K4 NITE 2010 merupakan salah satu projek tahunan yang akan dianjurkan oleh Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman (PEKA) 4, Universiti Malaysia Pahang.Tujuan Projek ini diadakan ialah bagi menambahkan pengetahuan mengenai kebudayaan masyarakat di kalangan mahasiswa yang terdiri daripada melayu, cina dan india melalui bilik-bilik yang dihias mengikut aras dan blok masing-masing. Selain itu, projek ini juga membantu mencungkil bakat seni yang terpendam di kalangan mahasiswa dan meningkatkan kemahiran serta kepimpinan mereka.


Takziah

Posted by Kolej Kediaman 4 On 5:59 AM 0 comments

PEKA 4 mngucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Assuandie,pelajar tahun 4 FKM yg meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg diredhai oleh ALLAH.

eXtraKK

Posted by Kolej Kediaman 4 On 5:37 PM 0 comments

Prinsip-prinsip KK4 oleh Zafrullah

  • Jujur
  • Bertanggungjawab
  • Berdisiplin
  • Berwawasa
  • Kerjasama
  • Adil
  • Prihatin

Perancangan

Posted by Kolej Kediaman 4 On 5:35 PM 0 comments

Perancangan setakat ini,

  • Perlawanan futsal,
  • 3 on 3 futsal dan aktiviti sukan/senaman lain,
  • teratak indah bulan ramadhan ini yakni pertandingan kecerian bilik,
  • malam santai kk4 sempena raya

Tentang Kami

Posted by Kolej Kediaman 4 On 5:34 PM 0 comments



Logo PEKA 4

Kolej Kediaman 4 (singkatan dipanggil sebagai kk4), ialah kolej kediamana yang terletak diluar UMP, berada di tepi jalan selepas tol Gambang.Kolej kediaman ini menempatkan, mahasiswa UMP, terutama pelajar kanan, mahasiswa dan mahasiswi dan juga beberapa orang felo.

Terdapat 2 buah blok bangunan dikhaskan untuk pelajar mahasiswa iaitu blok A dan blok B, manakala 2 lagi blok iaitu blok C dan blok D untuk pelajar mahasiswi. Satu buah kafeteria yang menempatkan pelbagai gerai pelbagai jenis makanan.



Selamat Datang Ke KK4


Bas ke Pekan di KK4


Blok C


Blok B


Kafe KK4, berwifi terbaek!

Visi dan Misi

Posted by Kolej Kediaman 4 On 5:31 PM

Visi
Menjadi sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam memacu kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar serta menjadikan kebajikan pelajar sebagai keutamaan, demi merealisasikan UMP sebagai universiti teknikal bertaraf dunia.

Misi
Kami berdedikasi menghasilkan persekitaran yang baik supaya dapat merangsang pembelajaran pelajar. Kami juga komited serta berintegriti untuk terus membangun demi mencapai persekitaran yang dapat menjana potensi pelajar.

Carta Organisasi

Posted by Kolej Kediaman 4 On 5:31 PM 0 comments


Pembukaan

Posted by Kolej Kediaman 4 On 6:10 PM 0 comments

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pos ini adalah pos pertama!
Hanya sebagai contoh dan pembuka kata.

kk4ump