Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

Posted by Kolej Kediaman 4 On 11:16 AM 0 comments


Kepada semua penghuni kk4,

Pengurusi mengharap agar kita sama-sama dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar, sungguhpun mengibarkan Jalur Gemilang agak kecil, tapi usaha ini dilihat dapat meningkatkan semangat patriotism. Marilah teman-temanku usaha ini tidak ada makna hanya dengan kata, ayuh kita sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang.

Kecurian Merdeka dan Teratak Indah

Posted by Kolej Kediaman 4 On 3:29 AM 0 comments




Is it time for merdeka already?


Well life isnt as simple as that, merdeka day, the impact on us and UMP, happy merdeka day from peka4! The jalur gemilang its not merely a symbol but more than that, think about it.

Berita buruk petang tadi, ada kes kecurian di kafe kk4, penghuni dinasihati berjaga-jaga, disyaki pencuri adalah orang luar.

26 ogos ini akan ada ziarah oleh pengetua dan felo kk4 bersempena Teratak Indah. Ready2 ok! Kebersihan Lantai Kipas dan Tingkap; Kekemasan Susunan bilik dan Rak Kasut; Kecerian berKreativiti; dan Amalan 5s.

Sekian. selamat beribadah dibulan Ramadhan

Ramadhan dan Teratak Indah

Posted by Kolej Kediaman 4 On 9:06 AM 0 comments

Assalammualaikum, sepanjang ramadhan ini, insyaAllah, solat tarawih di setiap blok akan dijalankan seperti biasa. Sedikit kelainan, Blok B insyaAllah akan diimankan oleh iman dari luar KK4, 20 rakaat, tanpa sahut menyahut.


Pihak Peka 4, meminta maaf disebabkan kegagalan kami menyediakan ruang yang cukup untuk penghuni turut serta dalam solat berjemaah di setiap blok, diharap dapat menghadirkan diri di masjid UMP bagi yang berkesempatan.

Selain itu, bersempena dengan Ramadhan ini, Peka 4 akan melaksanakan program Teratak Indah yang bertujuan untuk meningkatkan kesederaan penghuni akan kecerian, kekemasan dan kebersihan bilik. Program yang dijalankan ini merupakan pertandingan untuk setiap bilik dalam blok-blok siswa dan bilik-bilik dalam blok-blok siswi.

Diharap, kita dapat menunaikan ibadah dengan lebih cemerlang pada ramadhan ini. Pihak Peka4 berharap agar kita sama-sama turut serta dalam pertandingan ini dengan membersihkan bilik sebaik mungkin.

Pemeriksaan bilik ke bilik akan dilakukan pada 26-29 Ogos 2010, pukul 3-5pm.
Kemunjak program ini adalah pada 26 september 2010.


Nota Tambahan:

TERATAK INDAH DAN K4 NITE 2010 merupakan salah satu projek tahunan yang akan dianjurkan oleh Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman (PEKA) 4, Universiti Malaysia Pahang.Tujuan Projek ini diadakan ialah bagi menambahkan pengetahuan mengenai kebudayaan masyarakat di kalangan mahasiswa yang terdiri daripada melayu, cina dan india melalui bilik-bilik yang dihias mengikut aras dan blok masing-masing. Selain itu, projek ini juga membantu mencungkil bakat seni yang terpendam di kalangan mahasiswa dan meningkatkan kemahiran serta kepimpinan mereka.


Takziah

Posted by Kolej Kediaman 4 On 5:59 AM 0 comments

PEKA 4 mngucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Assuandie,pelajar tahun 4 FKM yg meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg diredhai oleh ALLAH.