Ramadhan dan Teratak Indah

Posted by Kolej Kediaman 4 On 9:06 AM 0 comments

Assalammualaikum, sepanjang ramadhan ini, insyaAllah, solat tarawih di setiap blok akan dijalankan seperti biasa. Sedikit kelainan, Blok B insyaAllah akan diimankan oleh iman dari luar KK4, 20 rakaat, tanpa sahut menyahut.


Pihak Peka 4, meminta maaf disebabkan kegagalan kami menyediakan ruang yang cukup untuk penghuni turut serta dalam solat berjemaah di setiap blok, diharap dapat menghadirkan diri di masjid UMP bagi yang berkesempatan.

Selain itu, bersempena dengan Ramadhan ini, Peka 4 akan melaksanakan program Teratak Indah yang bertujuan untuk meningkatkan kesederaan penghuni akan kecerian, kekemasan dan kebersihan bilik. Program yang dijalankan ini merupakan pertandingan untuk setiap bilik dalam blok-blok siswa dan bilik-bilik dalam blok-blok siswi.

Diharap, kita dapat menunaikan ibadah dengan lebih cemerlang pada ramadhan ini. Pihak Peka4 berharap agar kita sama-sama turut serta dalam pertandingan ini dengan membersihkan bilik sebaik mungkin.

Pemeriksaan bilik ke bilik akan dilakukan pada 26-29 Ogos 2010, pukul 3-5pm.
Kemunjak program ini adalah pada 26 september 2010.


Nota Tambahan:

TERATAK INDAH DAN K4 NITE 2010 merupakan salah satu projek tahunan yang akan dianjurkan oleh Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman (PEKA) 4, Universiti Malaysia Pahang.Tujuan Projek ini diadakan ialah bagi menambahkan pengetahuan mengenai kebudayaan masyarakat di kalangan mahasiswa yang terdiri daripada melayu, cina dan india melalui bilik-bilik yang dihias mengikut aras dan blok masing-masing. Selain itu, projek ini juga membantu mencungkil bakat seni yang terpendam di kalangan mahasiswa dan meningkatkan kemahiran serta kepimpinan mereka.


Categories:

0 Response for the "Ramadhan dan Teratak Indah"

Post a Comment